Pemanggilan Balik Sukarela dan Penggantian Pek Bateri Komputer Riba

Indonesia

Pilipino

Melayu

简体中文

繁體中文

සිංහල

தமிழ்ภาษาไทยEnglish


Kepada Pelanggan Yang Dihargai,

27th Ogos 2015 - Kami berterima kasih kepada anda di atas langganan anda terhadap produk Fujitsu.

Kami telah mendapat tahu bahawa pek bateri tertentu, yang dikilangkan oleh Panasonic Corporation dan digunakan dalam komputer riba Fujitsu sama ada yang asal atau ganti, dalam kejadian yang jarang berlaku boleh menyala dan menyebabkan kebakaran. Sehubungan dengan itu, Fujitsu akan memanggil balik secara sukarela dan menggantikan pek bateri yang mungkin terjejas.

Kami meminta pelanggan yang memiliki pek bateri yang dinyatakan di bawah "Pek Bateri Terjejas" untuk memohon penggantian sebagaimana yang dijelaskan dalam "Cara untuk Memohon Penggantian Bateri." Untuk memastikan penggunaan komputer riba anda yang selamat sehingga pek bateri telah digantikan, sila baca arahan di bawah.

Fujitsu memohon maaf untuk sebarang kesukaran yang disebabkan olehnya terhadap pelanggannya dan meminta kerjasama anda dalam pemanggilan balik pek bateri dan penggantian.

Produk Yang Terjejas

Pek Bateri anda tertakluk kepada pemanggilan balik semula dan penggantian sekiranya komputer riba anda tersenarai di bawah "Komputer Riba Yang Tertakluk" dan pek bateri yang tersenarai di bawah "Pek Bateri Yang Terjejas."

Komputer Riba Yang Tertakluk

Model komputer riba Fujitsu yang tertentu daripada tahun 2011 dan 2012 mungkin mempunyai pek bateri yang tertakluk kepada pemanggilan balik ini. Pek bateri yang digantikan semasa pembaikan, atau dengan pek bateri pilihan dibeli secara berasingan, yang digunakan dalam model ini, mungkin juga tertakluk.

SiriModel
LIFEBOOK E752FPC03490DK
LIFEBOOK P772FPC02430DK
LIFEBOOK P702FPC02427DK
LIFEBOOK S792FPC04684DK
LIFEBOOK SH772FPC04655DK
LIFEBOOK SH792FPC04689DK
Siri di bawah, yang pek baterinya telah digantikan semasa pembaikan, atau yang menggunakan pek bateri yang dibeli secara berasingan, mungkin juga tertakluk.

LIFEBOOK E752, LIFEBOOK S792, , CELSIUS H730, LIFEBOOK P772, LIFEBOOK P701, LIFEBOOK P771, LIFEBOOK P702, LIFEBOOK P770, LIFEBOOK P8110, LIFEBOOK T580, LIFEBOOK S752, , LIFEBBOK PH701, LIFEBOOK PH702, LIFEBOOK S710, LIFEBOOK SH572, LIFEBOOK SH762, LIFEBOOK SH771, LIFEBOOK SH772, LIFEBOOK SH792, LIFEBOOK TH550, LIFEBOOK S762

Pek Bateri Pilihan

Jenis ProdukModel
Pek BatariFPCBP325D, FPCBP325U, FPCBP325, FPCBP333, FPCBP354DK

Pek Bateri Yang Terjejas

 Pek bateri yang dilabelkan dengan nombor produk berikut dan nombor siri separa adalah tertakluk kepada pemanggilan balik dan penggantian.

Pek Bateri Yang Terjejas
Nombor ProdukNombor Siri Separa
CP556150-01Z110802 hingga Z111212
CP556150-02Z120102 hingga Z120512

Nombor produk dan nombor siri separa dicetak di bawah kod bar pada pelekat yang dilekatkan pada pek bateri, sebagaimana yang ditunjukkan di bawah. Sila periksa ruang yang bertanda merah.

  • Nombor produk: Siri aksara angka abjad yang bermula dengan "CP"

CP556150-01.png

          P/N :  CP556150-01  atau P/N : CP556150-02 adalah terjejas


  • Nombor siri separa: Aksara angka abjad yang bermula dengan "Z" selepas tanda sengkang

Z110907.png

Cara untuk memeriksa nombor produk dan nombor siri pek bateri

PENTING:  Ketika menanggalkan pek bateri untuk mengesahkan nombor produk dan siri, sila pastikan komputer telah dimatikan, tanggalkan penyesuai AC dan kemudian tanggalkan pek bateri.

Cara untuk Memohon untuk Penggantian Bateri (Berdasarkan Pelanggan Di Jepun)

Maklumat yang berikut diperlukan apabila memohon untuk penggantian:

  • Nombor produk dan nombor siri pek bateri
  • Nama model dan nombor siri komputer riba
    Klik di sini(Bahasa Jepun sahaja) untuk mengesahkan sama ada pek bateri anda seharusnya dipanggil semula dan untuk memohon untuk penggantian sekiranya perlu.

Cara untuk Menggunakan Komputer Riba Anda Dengan Selamat Sehingga Bateri Digantikan


Kami meminta supaya pelanggan yang pek baterinya terjejas untuk mengambil dua langkah berikut untuk menggunakan komputer riba mereka dengan selamat sehingga pek bateri boleh digantikan. Kami memohon maaf di atas kesukaran oleh kerana hanya boleh menggunakan komputer riba anda dengan penyesuai AC.

1. Sila gunakan komputer riba anda dengan pek bateri ditanggalkan.

  • Ketika menggunakan komputer anda, sila tanggalkan pek bateri dan pasangkan penyesuai AC.
  • Ketika menanggalkan pek bateri, sila pastikan bahawa komputer riba telah dimatikan dan penyesuai AC ditanggalkan.

2. Sila simpan pek bateri dengan sewajarnya sebaik sahaja ia ditanggalkan.

  • Sila simpan pek bateri di tempat yang sejuk, gelap serta jauh daripada objek mudah terbakar.
  • Sila jangan mengecas pek bateri ketika menyimpannya.

Cara untuk Memohon Penggantian Bateri dan Maklumat Lanjut


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi sokongan perhidmatan kami di:

Cara Memohon Penggantian Bateri (Pelanggan di Jepun)

Maklumat yang berikut diperlukan semasa memohon untuk penggantian:

  • Nombor produk dan nombor siri pek bateri
  • Nama model dan nombor siri komputer riba
Klik di sini (bahasa Jepun sahaja) untuk mengesahkan sama ada pek bateri anda harus dipanggil balik dan untuk memohon bagi mendapatkan penggantian, jika perlu.

※ Kandungan pemberitahuan ini adalah tepat pada masa pendedahan ini, tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Untuk mendapatkan versi yang terkini bagi pemberitahuan ini, sila lawati: http://www.fujitsu.com/global/about/resources/news/notices/2015/0827-01.html 
Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama anda.