Dasar Privasi Global
Fujitsu dan privasi data
Fujitsu Limited dan anak syarikatnya ("Fujitsu") komited untuk melindungi dan menghormati privasi anda. Dasar Privasi Global ini adalah dikeluarkan bagi pihak kumpulan Fujitsu, jadi apabila kami menyebut “Fujitsu”, "kami", "kita" atau "(milik) kami" dalam dasar privasi ini, kami merujuk kepada syarikat yang berkaitan dalam kumpulan Fujitsu yang bertanggungjawab untuk memproses data anda. Sila merujuk kepada halaman ‘Hubungi Kami’ di bawah untuk maklumat khusus negara.
Dasar privasi ini menetapkan cara Fujitsu akan memproses sebarang maklumat peribadi yang mungkin dikumpulkan tentang anda sebagai pelawat ke laman web, premis atau acara kami, atau sebagai salah seorang pelanggan atau bakal pelanggan, pembekal atau bakal pembekal, pemegang saham atau rakan kongsi perniagaan yang lain atau dalam mana-mana keadaan lain yang kami menyatakan secara khusus bahawa dasar ini akan digunakan.
Dasar privasi ini juga menetapkan cara kami melindungi privasi anda dan hak anda berkenaan dengan penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami.
Fujitsu mungkin mempunyai dasar privasi atau pernyataan khusus untuk undang-undang tempatan, produk, perkhidmatan, acara atau kerjasama tertentu yang manadasar atau pernyataan tersebut akan menjadi tambahan, dan jika terdapatnya konflik, dasar privasi atau pernyataan khusus tersebut akan menggantikan dasar privasi ini.
Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan
Kami mungkin mengumpulkan dan memproses maklumat peribadi berikut tentang anda:
- Maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami: Ini adalah maklumat tentang anda yang anda berikan kepada kami dengan mengisi borang di laman web kami (atau borang lain yang kami minta anda lengkapkan), pemberian kad perniagaan (atau yang serupa) atau komunikasi melalui telefon, pos, e-mel atau cara lain. Maklumat ini termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama, alamat, alamat e-mel dan nombor telefon anda; maklumat tentang hubungan perniagaan anda dengan Fujitsu; pendapat atau komen anda tentang sesuatu perkara; dan/atau maklumat tentang peranan profesional, latar belakang dan minat anda.
-
Maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh laman web kami dan sistem lain tentang anda:
- Jika anda melawati laman web kami, ia secara automatik akan mengumpulkan beberapa maklumat tentang anda dan lawatan anda, termasuk alamat protokol Internet (IP) yang digunakan untuk menyambungkan peranti anda kepada Internet dan beberapa maklumat lain seperti laman web kami yang dilawati. Maklumat ini digunakan untuk memantau prestasi laman web dan meningkatkan pengalaman pelawat kepada laman web tersebut. Laman web kami juga mungkin memuat turun "cookies" kepada peranti anda – bahagian ini adalah diterangkan di dasar cookies kami secara berasingan. Seperti yang dihuraikan dengan lebih lanjut dalam dasar cookies, anda boleh mengubah cara kami menggunakan cookies dengan menukarkan pilihan anda.
- Jika anda berinteraksi dengan kami melalui perkhidmatan media sosial, kami mungkin boleh mengakses maklumat tertentu tentang interaksi tersebut, seperti sama ada anda telah berinteraksi dengan kami melalui berbilang rangkaian sosial atau tidak. Kami melakukan usaha yang munasabah untuk memastikan bahawa penyedia media sosial mendapat kebenaran daripada anda untuk membolehkan kami mengakses maklumat tertentu tentang anda. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab atas cara penyedia perkhidmatan media sosial mengendalikan maklumat peribadi anda yang mungkin dikumpulkan oleh mereka, kerana ini adalah tanggungjawab mereka. Sebagai contoh, laman web kami mungkin menggunakan pemalam rangkaian media sosial seperti X (dahulunya dikenali sebagai Twitter), Facebook dan LinkedIn atau pemalam rangkaian media sosial lain di negara atau wilayah tertentu. Jika anda menggunakan salah satu pemalam ini, pemalam ini dapat mewujudkan sambungan terus antara pelayar anda dan laman setiap rangkaian media sosial masing-masing. Memandangkan pemindahan ini berlaku terus antara pelayar anda dengan setiap rangkaian tersebut, Fujitsu tidak mempunyai sebarang akses, pengetahuan atau kawalan ke atas mana-mana data yang dihantar atau penggunaan data ini dalam setiap rangkaian media sosial tersebut. Jika anda menggunakan rangkaian media sosial dan menyediakan kandungan kepada rangkaian tersebut, ini tidak diliputi oleh dasar privasi ini. Sebaliknya, syarat penggunaan dan dasar privasi pengendali setiap rangkaian media sosial tersebut akan terpakai untuk kandungan tersebut. Kami menggalakkan anda membaca dasar privasi serta terma dan syarat penyedia perkhidmatan media sosial anda untuk memahami cara mereka mengendalikan maklumat peribadi anda.
- Kami mungkin menyediakan platform berasaskan web kepada rakan kongsi, pelanggan serta pembekal kami dan platform sedemikian mungkin mengumpulkan maklumat peribadi anda jika anda menggunakan platform tersebut. Dasar privasi ini digunakan untuk maklumat peribadi yang dikumpulkan semasa proses pendaftaran dan/atau semasa penggunaan platform tersebut.
- Jika anda menghubungi pekerja dan kakitangan kami melalui e-mel, perbualan telefon atau komunikasi elektronik lain, kami mungkin merekodkan butiran perbualan tersebut, kadangkala termasuk kandungannya.
- Sesetengah premis kami mempunyai sistem TV litar tertutup (CCTV) dan sistem pengurusan keselamatan dan akses lain yang mungkin merakam anda dan maklumat tertentu tentang lawatan anda jika anda melawati premis kami atau laman terkawal Fujitsu, untuk tujuan perlindungan dan keselamatan.
-
Maklumat lain:
Kami juga mungkin mengumpulkan sesetengah maklumat daripada sumber lain. Contohnya:
- Jika kami mempunyai hubungan perniagaan dengan organisasi yang anda mewakili, rakan sekerja anda atau kenalan perniagaan lain mungkin memberi kami maklumat tentang anda seperti butiran hubungan anda atau butiran peranan dan interaksi anda dengan kami.
- Kami kadangkala mengumpulkan maklumat daripada pembekal data pihak ketiga atau sumber yang tersedia secara terbuka untuk pencegahan pengubahan wang haram, kawalan eksport, semakan latar belakang penarafan kredit dan lain tujuan yang serupa, untuk melindungi perniagaan kami dan mematuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia kami.
- Jika Fujitsu memperolehi atau bergabung dengan syarikat lain, kami akan memproses maklumat peribadi anda yang diberikan kepada kami oleh syarikat yang telah diperolehi atau bergabung dengan Fujitsu, tertakluk kepada undang-undang tempatan yang terpakai.
- Laman web kami mungkin mengandungi pautan kepada laman web pihak ketiga yang tidak bergabung dengan Fujitsu. Jika anda mengakses laman web pihak ketiga tersebut dengan mengklik pautan tersebut, kami tidak bertanggungjawab ke atas cara pihak ketiga tersebut memproses maklumat peribadi anda yang dikumpulkan oleh mereka.
Maklumat Peribadi Sensitif
Kami meminta anda untuk tidak menghantar atau berkongsi dengan kami sebarang maklumat peribadi yang sensitif (contohnya, maklumat yang berkaitan dengan asal-usul kaum atau etnik, pendapat politik, agama atau kepercayaan lain, kesihatan, orientasi seksual, genetik atau data biometrik, latar belakang jenayah atau keahlian kesatuan sekerja atau apa-apa maklumat peribadi lain yang mungkin dianggap sensitif).
Mungkin terdapat situasi terhad di mana, kami akan meminta maklumat peribadi sensitif yang amat diperlukan daripada anda, contohnya apabila kami menjalankan usaha wajar dan semakan pematuhan ke atas pembekal. Kami hanya akan memproses maklumat peribadi yang sensitif apabila kami mempunyai asas yang sah untuk berbuat demikian dan mengikut dasar privasi ini.
Penggunaan maklumat peribadi anda
Kami mungkin mengumpulkan, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan berikut:
-
untuk mengendali, mengurus, membangun dan mempromosikan perniagaan kami (termasuk produk, perkhidmatan dan acara kami) dan, khususnya, hubungan kami dengan organisasi yang anda mewakili (jika ada) dan transaksi yang berkaitan termasuk, contohnya:
- tujuan pemasaran (apabila kami mempunyai hak yang sah (contohnya persetujuan atau kepentingan yang sah) untuk menghantar komunikasi yang berkaitan dan berguna kepada anda);
- untuk menyesuaikan pengalaman anda dengan Fujitsu apabila anda melawati laman web kami, mengingati keutamaan anda, atau menunjukkan kepada anda iklan yang lebih berkaitan, tertakluk pada undang-undang yang terpakai;
- proses waranti, penyelenggaraan dan sokongan;
- proses pematuhan produk
- tujuan perakaunan dan pengebilan / pembayaran (termasuk untuk menawarkan penyelesaian pembiayaan kepada pelanggan, bersama dengan rakan kongsi kewangan kami);
- untuk mengendali, mentadbir dan menambah baik laman web, premis, perkhidmatan dan aspek lain dalam cara kami menjalankan operasi kami;
- untuk menawarkan kepada anda perkhidmatan kedai dalam talian kami berdasarkan terma dan syarat kedai web khusus;
- untuk memberi anda perkhidmatan atau maklumat yang mungkin anda minta;
- untuk memastikan anda dimaklumkan dan diberikan kemas kini tentang produk atau perkhidmatan berkaitan yang mungkin anda minati;
- untuk membolehkan anda mengambil bahagian dalam penilaian dan/atau tinjauan dalam talian kami;
- untuk mengurus dan mengekalkan hubungan dengan pelabur, pelanggan, rakan kongsi dan mana-mana pihak ketiga yang lain;
- untuk mengurus dan mengendalikan acara dan/atau demonstrasi produk dan perkhidmatan sebenar atau yang berpotensi; dan
- untuk melaksanakan kontrak dengan anda atau syarikat anda;
- untuk melindungi perniagaan kami daripada penipuan, pengubahan wang haram, pecah amanah, ancaman keselamatan, kecurian bahan proprietari dan jenayah kewangan atau perniagaan yang lain;
- untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia kami;
- untuk membawa atau membela tuntutan serta menegaskan hak undang-undang; dan
- jika tujuan itu berkait secara langsung dengan tujuan yang ditetapkan yang telah dimaklumkan kepada anda sebelum ini.
Kami mungkin dari semasa ke semasa menyemak maklumat peribadi anda yang disimpan dalam sistem kami – termasuk kandungan dan maklumat lain yang berkaitan dengan e-mel atau komunikasi lain anda dengan kami – untuk tujuan pematuhan dan perlindungan perniagaan seperti yang dihuraikan di atas. Ini mungkin termasuk semakan untuk tujuan pendedahan maklumat yang berkaitan dengan litigasi dan/atau semakan rekod yang berkaitan dengan penyiasatan kawal selia atau jenayah dalaman atau luaran. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, semakan ini akan dijalankan dengan cara yang munasabah dan berkadar serta diluluskan pada tahap pengurusan yang sesuai. Semakan ini akhirnya mungkin melibatkan pendedahan maklumat anda kepada agensi kerajaan dan pihak litigasi seperti yang diterangkan di bawah. E-mel dan komunikasi lain anda juga kadangkala boleh diakses oleh orang selain daripada kakitangan yang membuat pertukaran dengan mereka untuk tujuan yang disenaraikan dalam dasar privasi ini.
Pendedahan dan pemindahan antarabangsa maklumat peribadi anda
Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda, jika perlu secara munasabah untuk pelbagai tujuan yang dinyatakan di atas:
- kepada ahli kumpulan syarikat Fujitsu yang lain;
- kepada rakan sekerja anda dalam organisasi yang anda mewakili;
- kepada pembekal perkhidmatan yang mengehoskan perkhidmatan web kami atau sistem teknologi maklumat lain atau sebaliknya, yang memegang atau memproses maklumat anda bagi pihak kami, di bawah syarat kerahsiaan dan keselamatan yang diperlukan oleh undang-undang;
- kepada rakan kongsi perniagaan, rakan kongsi saluran, rakan kongsi perkhidmatan, ejen, pembekal dan subkontraktor untuk melaksanakan apa-apa kontrak yang kami buat dengan mereka atau anda;
- kepada penasihat profesional kami (termasuk tetapi tidak terhad kepada akauntan, peguam atau juruaudit);
- kepada orang yang mengambil-alih perniagaan dan aset kami, atau sebahagian daripadanya; atau
-
dalam keadaan luar biasa:
- kepada agensi kawal selia, pendakwaan atau agensi kerajaan yang lain , atau pihak penentang litigasi, di mana-mana negara atau wilayah; atau
- apabila pendedahan maklumat diperlukan oleh undang-undang.
Pendedahan ini mungkin melibatkan pemindahan dan pemprosesan maklumat peribadi anda ke negara atau bidang kuasa lain. Dalam keadaan tersebut, jika kami memindahkan maklumat peribadi anda kepada ahli kumpulan Fujitsu lain, pihak ketiga atau pembekal perkhidmatan kami, kami akan memastikan bahawa pengaturan kami dengan mereka dikawal oleh mekanisme dan perlindungan yang sah termasuk perjanjian pemindahan data, yang direka untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda dilindungi.
Dasar keselamatan dan pengekalan data kami
Keselamatan, integriti dan kerahsiaan maklumat peribadi anda adalah sangat penting kepada kami. Kami telah melaksanakan langkah keselamatan teknikal, pentadbiran dan fizikal yang direka untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada akses, pendedahan, penggunaan dan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan. Kami sentiasa menyemak prosedur keselamatan kami untuk mempertimbangkan teknologi dan kaedah baharu yang sesuai bagi melindungi maklumat yang kami pegang.
Kami akan memadamkan maklumat peribadi anda apabila maklumat peribadi tersebut tidak diperlu lagi, contohnya apabila:
- penyimpanan maklumat peribadi anda tidak diperlukan lagi untuk memenuhi tujuan penengumpulnya;
- kami percaya bahawa maklumat peribadi anda tidak tepat lagi; atau
- dalam keadaan anda memaklumkan kepada kami bahawa anda tidak lagi setuju dengan pemprosesan maklumat peribadi anda.
Kadangkala,:
- terwujud keperluan undang-undang atau kawal selia yang memerlukan kami menyimpan maklumat peribadi anda untuk suatu tempoh tertentu, dan dalam hal sedemikian, kami akan menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh yang ditetapkan; dan
- kami perlu menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh yang lebih lama untuk tujuan liabiliti produk atau berkaitan dengan pertikaian undang-undang, dan dalam hal sedemikian, kami akan menyimpannya untuk tempoh yang lebih lama setakat yang diperlukan.
Harap maklum bahawa kami mungkin menyimpan beberapa maklumat terhad mengenai anda walaupun kami tahu bahawa anda telah meninggalkan organisasi yang anda mewakili, supaya kami dapat mengekalkan hubungan berterusan dengan anda apabila anda mewakili organisasi lain.
Hak anda
Anda mempunyai hak berikut (tertakluk pada undang-undang tempatan yang berkenaan) berhubung dengan maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda:
- Hak akses dan maklumat: untuk mengakses maklumat peribadi anda, dan beberapa maklumat berkaitan, di bawah undang-undang perlindungan data yang berkaitan;
- Hak pembetulan: untuk meminta apa-apa maklumat peribadi yang tidak tepat dibetulkan atau dipadamkan;
- Hak untuk membantah: untuk membantah penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami untuk tujuan pemasaran langsung pada bila-bila masa dan anda mempunyai hak untuk membantah pemprosesan sesetengah atau semua maklumat peribadi anda (dan memerlukan ia dipadamkan) dalam keadaan lain;
- Hak untuk memadam: untuk meminta kami memadamkan maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu;
- Hak untuk menyekat: untuk meminta kami menghadkan atau menyekat pemprosesan maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu (apabila pemprosesan dihadkan, kami masih menyimpan maklumat peribadi anda, tetapi tidak boleh menggunakannya lagi);
- Hak kemudahalihan: untuk mendapatkan daripada kami maklumat peribadi anda, dalam format berstruktur, yang biasa digunakan dan boleh dibaca oleh mesin dalam keadaan tertentu. Selanjutnya, anda mungkin mempunyai hak untuk meminta kami menghantar maklumat peribadi anda terus kepada orang lain (contohnya, pembekal baharu) yang munasabah untuk berbuat demikian dari segi teknikal;
- Hak untuk menarik balik persetujuan: dalam keadaan yang kami memproses maklumat peribadi anda berdasarkan persetujuan anda bagi pemprosesan tersebut, untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa; dan
- Hak untuk mengemukakan aduan: mengemukakan aduan tentang amalan privasi Fujitsu kepada pihak berkuasa penyeliaan tempatan anda di negara anda.
Maklumat lanjut dan nasihat tentang hak anda boleh diperoleh daripada pengawal selia perlindungan data di negara anda.
Jika anda ingin melaksanakan mana-mana hak anda (tertakluk pada undang-undang tempatan yang berkenaan), atau menanya apa-apa soalan atau berkongsi apa-apa kebimbangan yang berkaitan dengan dasar privasi ini atau amalan privasi Fujitsu, sila gunakan butiran dalam bahagian “Hubungi Kami” di bawah.
Maklumat Peribadi Kanak-kanak dan/atau individu yang mudah terdedah
Fujitsu menghormati privasi kanak-kanak (dan/atau individu yang mudah terdedah) dan tidak dengan sengaja mengumpulkan, menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi kanak-kanak (seperti yang ditakrifkan di bawah undang-undang tempatan) atau individu yang mudah terdedah tanpa kebenaran yang boleh disahkan daripada ibu bapa atau penjaga.
Jika Fujitsu menyedari bahawa maklumat yang diserahkan kepada atau dikumpulkan oleh Fujitsu merupakan maklumat peribadi kanak-kanak tanpa terlebih dahulu menerima kebenaran yang boleh disahkan daripada ibu bapa atau penjaga, Fujitsu akan mengambil langkah segera untuk memadamkan maklumat peribadi tersebut.
Jika ibu bapa atau penjaga ingin mengemukakan kebimbangan tentang maklumat peribadi yang berkaitan dengan kanak-kanak, sila gunakan butiran dalam bahagian “Hubungi Kami” di bawah.
Automasi dan Penjejakan
Kami mungkin menggunakan teknologi yang menjejak penggunaan laman web kami dan interaksi anda dengan kami dan yang membantu kami membina profil produk pilihan anda dan permintaan maklumat, dimana kami dibenarkan berbuat demikian. Jika kami melakukan perkara ini, maksudnya anda lebih berkemungkinan menerima tawaran dan maklumat yang disesuaikan dengan pilihan khusus anda, berdasarkan aktiviti profil anda dahulu.
Jika kami menggunakan pembuatan keputusan automatik berkenaan dengan mana-mana perkhidmatan atau produk tertentu dan pembuatan keputusan automatik tersebut menghasilkan kesan undang-undang berkenaan dengan subjek data atau memberikan kesan ketara yang serupa terhadap mereka, kami akan memberikan maklumat yang diperlukan di bawah undang-undang terpakai tentang pembuatan keputusan automatik tersebut.
Hubungi kami
Jika anda mempunyai apa-apa soalan, permintaan atau aduan tentang pemprosesan maklumat peribadi anda, sila hubungi kami. Butiran tentang cara menghubungi kami adalah ternyata dalam jadual di bawah mengikut wilayah. Anda juga boleh mengemukakan aduan tentang pemprosesan maklumat peribadi anda oleh kami kepada badan yang mengawal selia perlindungan data di negara anda.
Perubahan kepada dasar ini
Dasar privasi ini sah dari masa penerbitannya pada laman web Fujitsu, dan kesemua versi terdahulu dasar privasi ini adalah tidak sah lagi dari masa itu. Apa-apa perubahan yang kami buat pada dasar privasi ini pada masa hadapan akan disiarkan pada laman web kami dan juga tersedia jika anda menghubungi kami dengan menggunakan butiran dalam bahagian Hubungi Kami di bawah. Sila semak semula dengan kerap untuk melihat apa-apa perubahan.
Terakhir dikemas kini: 16 Disember 2024
Terma khusus negara
Sebagai tambahan ke dasar privasi global di atas, terma khusus negara berikut juga akan digunakan jika anda berada di salah sebuah negara berikut (tidak kira sama ada pemprosesan berlaku di negara tersebut atau tidak).
Jepun AS Kanada Australia China India Indonesia Korea Malaysia New Zealand Philippines Singapore Thailand Vietnam Europe (including UK)
Jepun
Sekiranya Fujitsu Limited dan anak syarikat Jepun Fujitsu Limited mengumpulkan, menggunakan atau memindahkan apa-apa maklumat peribadi dalam Jepun, dasar masing-masing mereka akan terpakai. Untuk memudahkan anda merujuk, dasar Fujitsu Limited boleh didapati di pautan berikut.
https://www.fujitsu.com/jp/about/resources/privacy/
AS
Jika anda berada di California, untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara kami memproses maklumat peribadi anda, sila lihat di sini: CALIFORNIA-CONSUMER-PRIVACY-ACT-NOTICE.pdf (fujitsu.com)
Kanada
Pemindahan Maklumat Peribadi (termasuk pemindahan Maklumat Peribadi untuk diproses oleh pihak ketiga di dalam atau di luar Kanada) akan berlaku hanya mengikut undang-undang perlindungan data yang berkenaan. Kami akan menggunakan kontrak dan cara lain untuk memberikan tahap perlindungan yang setanding atau mencukupi untuk semua Maklumat Peribadi tersebut mengikut undang-undang perlindungan data yang berkenaan.
Australia
Jika anda berada di Australia, sila klik [di sini] untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara Fujitsu memproses maklumat peribadi anda.
China
Asas Undang-undang Pemprosesan Maklumat Peribadi
Di bawah Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi (PIPL) dan undang-undang dan peraturan perlindungan data lain di China, kami akan memproses maklumat peribadi anda berdasarkan persetujuan anda melainkan maklumat peribadi anda yang:
- diperlukan untuk mengikat atau melaksanakan kontrak di mana anda adalah salah satu pihak;
- diperlukan untuk kami mematuhi kewajipan undang-undang;
- diperlukan untuk bertindak balas terhadap keadaan kecemasan kesihatan awam;
- diperlukan untuk melindungi nyawa, kesihatan, dan keselamatan harta individu;
- diproses secara munasabah dalam pelaporan berita dan pengawasan pendapat awam untuk kepentingan awam; dan
- tersedia secara umum kerana pendedahan sukarela anda atau keperluan undang-undang dan diproses secara munasabah.
Pengurusan Persetujuan
Jika kami memproses maklumat peribadi anda yang memerlukan persetujuan berasingan yang ditentukan oleh undang-undang atau peraturan, atau untuk tujuan lain yang tidak diterangkan dalam dasar privasi ini, kami akan memaklumi anda dengan cara yang munasabah dan mendapatkan persetujuan anda sebelum memproses maklumat tersebut.
Anda boleh menarik balik persetujuan anda supaya kami tidak memproseskan maklumat peribadi anda. Atas permintaan anda, kami akan memadamkan maklumat peribadi anda dan berhenti pemprosesan kecuali dinyatakan sebaliknya oleh undang-undang dan peraturan. Sila ambil perhatian bahawa jika anda menarik balik persetujuan anda, penarikan balik itu sendiri tidak menjejaskan kesahihan pemprosesan maklumat peribadi yang telah kami lakukan berdasarkan persetujuan yang anda berikan sebelum ini.
Jika anda ingin membuat permintaan sedemikian, sila hubungi kami menggunakan maklumat yang diberikan dalam bahagian “Hubungi kami”.
Maklumat Peribadi Sensitif
Maklumat peribadi sensitif ialah maklumat peribadi yang boleh memberikan kesan yang ketara ke atas hak dan kepentingan anda jika dilanggar atau digunakan dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada akaun kewangan, nombor kad pengenalan, maklumat berkaitan dengan kesihatan atau apa-apa maklumat peribadi kanak-kanak yang di bawah umur empat belas tahun.
Jika kami ingin memproses mana-mana maklumat peribadi anda yang sensitif, kami akan mendapatkan persetujuan anda atau memenuhi keadaan yang dikecualikan di bawah undang-undang dan peraturan, memaklumi anda tentang keperluan memproses maklumat peribadi sensitif anda dan kesannya terhadap hak dan kepentingan anda. Kami hanya akan memproses maklumat peribadi anda yang sensitif apabila terwujud tujuan tertentu dan keperluan yang mencukupi bersama dengan perlindungan yang ketat.
Pendedahan dan Perkongsian Maklumat Peribadi
Pada dasarnya, kami hanya akan mendedahkan atau berkongsi maklumat peribadi anda jika diperlukan untuk tujuan yang ditetapkan dalam dasar privasi global.
Jika pendedahan atau perkongsian maklumat peribadi anda diperlukan, kami akan memaklumi anda tentang tujuan pendedahan atau perkongsian, jenis maklumat peribadi yang terlibat, maklumat penerima maklumat peribadi tersebut dan kaedah pemprosesan maklumat peribadi sebelum melaksanakan pendedahan atau perkongsian tersebut. Pendedahan atau perkongsian hanya akan dimulakan selepas mendapat persetujuan anda kecuali dinyatakan sebaliknya oleh undang-undang dan peraturan. Jika keadaan pendedahan atau perkongsian berubah, kami akan memaklumi anda dan mendapatkan semula persetujuan anda secara berasingan.
Pemindahan Data Rentas Sempadan
Jika kami memindahkan maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga di luar Negara Cina, kami akan memaklumi anda tentang tujuan pemindahan, jenis maklumat peribadi yang terlibat, maklumat penerima luar negara dan kaedah pemprosesan sebelum pemindahan. Pemindahan akan dimulakan selepas mendapat persetujuan anda kecuali dinyatakan sebaliknya oleh undang-undang dan peraturan, serta kami akan memastikan pengaturan kami mematuhi mekanisme undang-undang pemindahan data rentas sempadan untuk melindungi maklumat peribadi anda.
Maklumat Peribadi Kanak-kanak
Dalam hal pengumpulan maklumat peribadi kanak-kanak (umur di bawah 18 tahun) dengan persetujuan ibu bapa, kami hanya akan memproseskan maklumat sedemikian dalam keadaan yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan, dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga, atau dengan keperluan untuk melindungi kanak-kanak. Jika kami mendapati bahawa kami telah mengumpulkan maklumat peribadi kanak-kanak tanpa persetujuan ibu bapa yang boleh disahkan terlebih dahulu, data tersebut akan dipadamkan secepat mungkin.
India
Perkongsian maklumat peribadi tanpa persetujuan anda:
Maklumat yang dikongsikan oleh anda termasuk maklumat peribadi sensitif anda boleh dikongsikan tanpa mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu, dengan agensi Kerajaan yang diberikan mandat di bawah undang-undang untuk mendapatkan maklumat peribadi termasuk maklumat peribadi sensitif untuk tujuan pengesahan identiti, atau untuk pencegahan, pengesanan, penyiasatan termasuk insiden keselamatan siber, pendakwaan dan hukuman kesalahan.
Apa-apa maklumat peribadi atau maklumat peribadi sensitif mungkin didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga di bawah arahan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Pemindahan maklumat peribadi:
Kami boleh memindah maklumat peribadi anda termasuk maklumat peribadi sensitif anda kepada mana-mana badan korporat lain atau orang yang berada di India atau di luar India, yang mempunyai tahap perlindungan data yang sama seperti yang disediakan di bawah undang-undang dan peraturan tempatan.
Pemindahan sedemikian hanya berlaku jika diperlukan untuk pelaksanaan kontrak yang sah antara badan korporat atau mana-mana individu bagi pihaknya dengan penyedia maklumat atau dalam keadaan anda telah bersetuju dengan pemindahan tersebut.
Dengan syarat bahawa kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kesahihan maklumat peribadi atau maklumat peribadi sensitif yang dibekalkan oleh anda atau penyedia maklumat kepada kami atau mana-mana individu lain yang bertindak bagi pihak kami.
Sekiranya kami telah meminta maklumat peribadi sensitif anda untuk tujuan peruntukan perkhidmatan atau barangan tertentu dan anda telah menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan maklumat peribadi sensitif tersebut, kami boleh berhenti peruntukan perkhidmatan atau barangan selanjutnya yang melibatkan maklumat berkenaan.
Tugas anda sebagai penyedia maklumat:
- Anda harus mematuhi semua undang-undang berkenaan yang sedang berkuat kuasa sambil melaksanakan hak di bawah peruntukan undang-undang tempatan atau dasar privasi ini.
- Anda harus memastikan anda tidak menyamar diri sebagai individu lain dalam pemberian maklumat peribadi, termasuk maklumat peribadi sensitif, untuk tujuan tertentu.
- Anda tidak boleh menyembunyikan apa-apa maklumat material dalam pemberian maklumat peribadi, termasuk maklumat peribadi sensitif, untuk sebarang dokumen, pengecam unik, bukti identiti atau bukti alamat.
- Anda harus hanya memberikan maklumat yang boleh disahkan benar semasa melaksanakan hak pembetulan atau pemadaman.
Hak tambahan anda:
- Anda mempunyai hak penyelesaian rungutan berkaitan dengan aduan anda mengenai pelaksanaan kewajipan kami di bawah dasar privasi ini.
- Anda mempunyai hak untuk mencalonkan mana-mana individu lain, yang akan melaksanakan hak anda di bawah dasar privasi ini sekiranya berlaku kematian atau kecacatan.
- Anda mempunyai hak untuk mendapatkan ringkasan maklumat peribadi yang sedang diproseskan dan aktiviti pemprosesan yang dilakukan atas data peribadi tersebut.
- Anda mempunyai hak untuk mengetahui butiran penerima yang maklumat peribadi anda telah dikongsikan.
Indonesia
Hak Subjek Data Peribadi
Jika anda tertakluk pada undang-undang Indonesia, anda mempunyai hak yang berikut selain yang disebutkan di atas:
- untuk mendapatkan maklumat tentang identiti, asas perundangan, tujuan permintaan atau penggunaan data peribadi dan kebertanggungjawapan pihak yang meminta data peribadi.
- untuk menarik balik persetujuan anda yang diberikan kepada kami untuk memproses data peribadi anda. Kami akan berhenti memproses data peribadi anda dalam tempoh 3 x 24 jam.
Sila ambil perhatian bahawa hak anda mungkin tertakluk pada pengecualian, terutamanya berkenaan dengan kepentingan khusus seperti pertahanan dan keselamatan negara, penguatkuasaan undang-undang, kepentingan awam, penyeliaan sektor kewangan, statistik dan penyelidikan saintifik menurut undang-undang dan peraturan perlindungan data peribadi yang berkaitan di Indonesia.
Pemindahan Data
Kami komited untuk melaksanakan perlindungan dan langkah yang perlu untuk melindungi data peribadi anda menurut undang-undang dan peraturan perlindungan data peribadi semasa pemindahan antarabangsa. Jika kriteria ini tidak dipenuhi, persetujuan terlebih dahulu anda diperlukan.
Pengekalan Data Peribadi
Data peribadi anda disimpan pada laman web kami dan sistem lain untuk tempoh minimal 5 tahun, kecuali undang-undang dan peraturan tertentu menetapkan tempoh penyimpanan yang berbeza.
Prosedur Pemberitahuan Sekiranya Berlaku Kebocoran Data Peribadi
Sekiranya berlaku kegagalan untuk melindungi data peribadi anda menyebabkan kebocoran, kami akan memberikan pemberitahuan bertulis kepada anda dalam tempoh 3 x 24 jam. Pemberitahuan akan mengandungi butiran yang berikut:
- Data peribadi yang telah didedahkan;
- Masa dan cara data peribadi anda telah didedahkan;
- Usaha kami untuk menangani dan memulihkan kebocoran data.
Keterterapan kepada Pemohon Kerja
Dasar Privasi ini terpakai kepada pemohon kerja di Indonesia, sebagai tambahan kepada individu yang sudah dilindungi, seperti pelawat laman web, pelanggan, pembekal, pemegang saham dan rakan kongsi perniagaan. Semasa proses pengambilan, kami mengumpulkan, menggunakan, menyimpan dan memproses maklumat peribadi yang anda berikan melalui platform permohonan kami, e-mel atau saluran lain. Maklumat ini digunakan untuk tujuan penilaian permohonan anda, melakukan semakan latar belakang (sekiranya dibenarkan secara sah) dan menguruskan proses pengambilan.
Dengan menyerahkan permohonan anda, anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan sedemikian, serta apa-apa tujuan tambahan yang digariskan dalam Dasar Privasi ini. Anda juga membenarkan kami untuk meminta dan mendapatkan maklumat yang berkaitan daripada pihak ketiga, seperti majikan sebelumnya, institusi pendidikan, untuk mengesahkan kelayakan anda, dengan pihak tersebut dilepaskan daripada segala liabiliti. Data anda hanya akan disimpan selama diperlukan untuk memenuhi tujuan inin atau sebagai diwajibkan di bawah undang-undang.
Korea
Sekiranya Fujitsu Korea Limited dan anak syarikatnya mengumpulkan, menggunakan atau memindahkan apa-apa maklumat peribadi dalam Korea Selatan, dasar masing-masing mereka akan terpakai. Untuk kemudahan anda, sila rujuk ke dasar Fujitsu Korea Limited yang boleh didapati di pautan yang berikut.
https://www.fujitsu.com/kr/about/resources/privacy/20230401.html
Malaysia
Persetujuan
Apabila anda mengakses laman web kami, meminta maklumat atau mendaftar untuk produk dan/atau perkhidmatan kami atau apabila anda melakukan apa-apa transaksi komersial dengan kami, anda mungkin perlu memberikan maklumat peribadi anda kepada kami. Dengan berbuat demikian, anda bersetuju dengan penggunaan atau pemprosesan maklumat peribadi anda oleh kami menurut Dasar Privasi ini.
Penarikan Balik Persetujuan
Jika anda ingin menarik balik persetujuan, anda harus memberikan notis awal yang munasabah kepada kami. Kami akan memberikan nasihat tentang akibat yang mungkin muncul daripada penarikan balik persetujuan anda (contohnya, kami mungkin tidak dapat menerus pemberian produk dan/atau perkhidmatan kepada anda atau memaklumi anda tentang pelancaran tawaran baru).
Pemindahan Maklumat Peribadi
Anda adalah dianggap bersetuju dan memberi kebenaran kepada Fujitsu untuk memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia untuk apa-apa tujuan seperti yang disenaraikan di bahagian “Pendedahan dan pemindahan antarabangsa maklumat peribadi anda” di atas.
Menggunakan Hak Anda untuk Mengakses Maklumat
Anda boleh menyurat kepada kami untuk meminta akses kepada maklumat peribadi anda. Sebelum kami bersetuju dengan permintaan anda, kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda dengan menyemak butiran NRIC anda atau dokumen pengenalan diri lain yang sah. Kami akan membalas permintaan anda secepat mungkin atau dalam tempoh 21 hari dari tarikh kami menerima permintaan anda. Jikalau kami tidak dapat mengesah identiti anda dalam tempoh 21 hari, kami akan memaklumi anda dengan anggaran tentang tempoh masa yang kami perlukan. Kami juga mungkin mengenakan bayaran yang munasabah atas anda untuk kos yang terlibat dalam pemprosesan permintaan akses anda.
New Zealand
Fujitsu hanya akan memindahkan maklumat peribadi kepada organisasi lain di luar New Zealand jika organisasi yang menerima akan melindungi maklumat secukupnya atau tertakluk pada undang-undang privasi yang, secara keseluruhan, memberikan perlindungan yang setanding dengan Akta Privasi New Zealand 2020 atau dengan kebenaran anda. Alamat utama Fujitsu New Zealand ialah Level 3, 40 Bowen Street, Wellington, 6011, New Zealand.
Filipina
Anda mempunyai hak berikut berhubungan dengan maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami :
- • untuk diberi ganti rugi untuk kerosakan yang dialami yang disebabkan oleh penggunaan data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap, lapuk, palsu, diperoleh secara tidak sah atau tidak dibenarkan.
Singapura
Pengumpulan, Penggunaan, Pendedahan
Sebelum kami mengumpulkan, menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi anda, kami akan memaklumi anda tentang tujuan kami untuk berbuat demikian. Kami akan mendapatkan kebenarkan daripada anda, melainkan pengecualian dari persetujuan yang telah diperuntukkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Singapura 2012. Kami hanya akan memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di atas.
Ketepatan Data Peribadi
Kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda yang kami kumpulkan adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemas kini. Adalah penting untuk anda memaklumkan kami mengenai apa-apa perubahan atas maklumat peribadi anda (seperti perubahan dalam alamat surat-menyurat anda). Dari semasa ke semasa, kami mungkin melakukan latihan pengesahan data supaya anda boleh mengemas kini tentang apa-apa perubahan pada maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda.
Penarikan Balik Persetujuan
Jika anda ingin menarik balik persetujuan, anda harus memberikan notis awal yang munasabah. Kami akan menasihati anda tentang akibat penarikan balik persetujuan anda yang mungkin muncul , contohnya, tanpa maklumat hubungan peribadi anda, kami mungkin tidak dapat menghubungi anda untuk memaklumkan anda tentang acara akan datang atau pelancaran produk terbaru. Permintaan anda untuk menarik balik persetujuan boleh dilakukan melalui e-mel atau menyurat kepada kami.
Menggunakan Hak Anda
Anda boleh menulis kepada kami untuk mengetahui cara kami menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi anda sepanjang setahun yang lalu. Sebelum kami menyetujui permintaan anda, kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda dengan menyemak butiran NRIC anda atau dokumen pengenalan lain yang sah. Kami akan membalas permintaan anda secepat mungkin, atau dalam tempoh 30 hari dari tarikh kami menerima permintaan anda. Jika kami tidak dapat berbuat demikian dalam tempoh 30 hari, kami akan memaklumi anda dan memberikan anggaran masa yang kami perlukan kepada anda. Kami juga mungkin mengenakan bayaran yang munasabah kepada anda untuk kos yang terlibat dalam memproses permintaan akses anda. Jika anda mendapati bahawa maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda adalah tidak tepat, tidak lengkap atau tidak terkini, anda boleh meminta kami untuk membetulkan maklumat tersebut. Jika kami berpuas hati atas alasan munasabah bahawa pembetulan harus dibuat, kami akan membetulkan maklumat tersebut secepat mungkin, atau dalam tempoh 30 hari dari tarikh kami menerima permintaan anda.
Thailand
Anda mempunyai hak berikut (tertakluk pada undang-undang tempatan yang berkenaan) berhubung dengan maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda:
Hak untuk mengakses dan mendapatkan salinan
Anda mempunyai hak untuk mengakses dan mendapatkan salinan data peribadi anda yang kami pegang, melainkan Fujitsu berhak menolak permintaan anda di bawah undang-undang atau perintah mahkamah, atau jika permintaan sedemikian akan menjejas hak dan kebebasan individu lain.
Hak untuk membetulkan
Anda mempunyai hak untuk membetulkan data peribadi yang tidak tepat dan untuk mengemas kini data peribadi yang tidak lengkap untuk menjadikannya tepat, terkini, lengkap dan tidak mengelirukan.
Hak untuk memadam
Anda mempunyai hak untuk meminta kami memadamkan, memusnahkan data peribadi anda atau menjadikannya tanpa nama, melainkan terdapat keadaan tertentu yang di mana Fujitsu mempunyai alasan yang sah untuk menolak permintaan anda.
Hak untuk menyekat
Anda mempunyai hak untuk meminta kami menyekat penggunaan data peribadi anda dalam keadaan tertentu, contohnya, apabila Fujitsu sedang menunggu proses pemeriksaan mengikut permintaan anda untuk membetulkan data peribadi anda atau membantah pengumpulan, penggunaan atau pendedahan data peribadi anda, atau anda meminta untuk menyekat penggunaan data peribadi dan bukannya pemadaman atau pemusnahan data peribadi yang tidak diperlukan lagi.
Hak untuk membantah
Anda mempunyai hak untuk membantah pengumpulan, penggunaan atau pendedahan data peribadi anda sekiranya Fujitsu meneruskan dengan asas kepentingan yang sah atau untuk tujuan pemasaran langsung, atau untuk tujuan saintifik, penyelidikan sejarah atau statistik, melainkan Fujitsu mempunyai alasan yang sah untuk menolak permintaan anda. Contohnya, Fujitsu mempunyai alasan yang sah untuk mengumpulkan, menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda, atau pengumpulan, penggunaan atau pendedahan data peribadi anda dilakukan untuk penubuhan, pematuhan atau melaksanakan tuntutan undang-undang, atau atas sebab kepentingan awam kami.
Hak terhadap kemudahalihan data
Anda mempunyai hak untuk menerima data peribadi anda sekiranya Fujitsu boleh mengatur data peribadi tersebut dalam format yang boleh dibaca atau biasa digunakan oleh alat atau peralatan automatik dan boleh digunakan atau didedahkan dengan cara automatik. Selain daripada it, anda juga mempunyai hak untuk meminta kami menghantar atau memindahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga, atau menerima data peribadi anda yang dihantar atau dipindahkan oleh Fujitsu kepada pihak ketiga, melainkan mustahil untuk berbuat demikian disebabkan keadaan teknikal atau kerana Fujitsu melaksanakan haknya yang sah untuk menolak permintaan anda.
Hak untuk menarik balik persetujuan
Anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan anda yang telah diberikan kepada kami pada bila-bila masa mengikut kaedah atau cara yang ditentukan oleh kami, melainkan sifat persetujuan tersebut tidak membenarkan penarikan balik sedemikian.
Hak untuk mengemukakan aduan
Anda mempunyai hak untuk membuat aduan dengan Jawatankuasa Perlindungan Data Peribadi atau pegawai mereka jika Fujitsu tidak mematuhi PDPA. Jika anda ingin melaksanakan mana-mana hak ini atau mempunyai aduan tentang pemprosesan maklumat peribadi anda oleh kami, sila hantar e-mel kepada kami menggunakan maklumat yang diberikan dalam bahagian “Hubungi kami”.
Vietnam
Hak subjek data
Hak untuk mengetahui
Subjek data berhak untuk mengetahui maklumat tentang pemprosesan data peribadi mereka, melainkan peruntukkan yang telah ditetapkan sebaliknya oleh undang-undang.
Hak untuk bersetuju
Subjek data berhak untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan pemprosesan data peribadi mereka, melainkan kes yang dinyatakan dalam undang-undang.
Hak untuk mengakses
Subjek data berhak mendapat akses untukmelihat, mengubah suai atau meminta pengubahsuaian data peribadi mereka, melainkan peruntukkan yang telah ditetapkan sebaliknya oleh undang-undang.
Hak untuk menarik balik persetujuan
Subjek data berhak untuk menarik balik persetujuan mereka, melainkan peruntukkan yang telah ditetapkan sebaliknya oleh undang-undang.
Hak terhadap pemadaman data
Subjek data berhak untuk memadamkan atau meminta pemadaman data peribadi mereka, melainkan peruntukkan yang telah ditetapkan sebaliknya oleh undang-undang.
Hak terhadap penyekatan pemprosesan data
Subjek data berhak untuk meminta penyekatan pemprosesan data peribadi mereka, melainkan peruntukkan yang telah ditetapkan sebaliknya oleh undang-undang.
Hak terhadap peruntukan data
Subjek data berhak untuk meminta pengawal data peribadi atau pihak yang mengawal dan memproses data peribadi memberikan data peribadi mereka kepada subjek data, melainkan peruntukkan yang telah ditetapkan sebaliknya oleh undang-undang.
Hak untuk membantah pemprosesan data
Subjek data berhak untuk membantah pemprosesan data peribadi mereka oleh pengawal data peribadi atau pihak yang mengawal dan memproses data peribadi untuk menghentikan atau menyekat pendedahan data peribadi atau penggunaan data peribadi untuk tujuan pengiklanan atau pemasaran, melainkan peruntukkan yang telah ditetapkan sebaliknya oleh undang-undang;
Hak untuk memfailkan aduan atau penolakan atau memulakan tindakan undang-undang
Subjek data berhak memfailkan aduan atau penolakan atau memulakan tuntutan mahkamah mengikut undang-undang.
Hak untuk menuntut ganti rugi kerana kerosakan
Subjek data berhak menuntut ganti rugi kerana kerosakan mengikut undang-undang setelah berlaku pelanggaran undang-undang terhadap perlindungan data peribadi mereka, melainkan dipersetujui sebaliknya oleh pihak tersebut atau peruntukkan yang telah ditetapkan sebaliknya oleh undang-undang.
Hak terhadap perlindungan diri
Subjek data berhak mendapat perlindungan diri mengikut Kanun Sivil, undang-undang lain yang berkaitan dan Dekri ini, atau meminta agensi atau organisasi yang berwibawa untuk mengambil langkah bagi melindungi hak sivil mereka mengikut Artikel 11 Kanun Sivil.
Pemprosesan data peribadi kanak-kanak
Untuk pemprosesan data peribadi kanak-kanak, persetujuan kanak-kanak tersebut adalah diperlukan, dan sekiranya kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun ke atas, persetujuan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut juga diperlukan di bawah peraturan. Kami akan mengesahkan umur kanak-kanak sebelum memproses data peribadi mereka.
Untuk pemprosesan tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada, aktiviti pemasaran langsung, kami akan bergantung pada persetujuan anda. Jika kami bergantung pada persetujuan anda, persetujuan tersebut mestilah jelas, diberikan secara bebas, benar dan anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa.
EU dan UK
Asas EU/UK yang sah terhadap pemprosesan
Kami hanya akan memproses maklumat peribadi anda sebagaimana yang diperlukan supaya kami boleh memenuhi tujuan yang dihuraikan dalam dasar privasi ini dan di mana kami mempunyai asas yang sah untuk pemprosesan sedemikian. Di mana asas sah kami untuk pemprosesan adalah pemprosesan yang perlu untuk memenuhi kepentingan kami, kami hanya akan memproses maklumat peribadi anda apabila kami telah membuat kesimpulan bahawa pemprosesan kami tidak akan menjejaskan anda atau privasi anda dengan cara yang akan mengatasi kepentingan sah kami. Dalam keadaan luar biasa, kami juga mungkin dikehendaki oleh undang-undang untuk mendedahkan atau sebaliknya memproses maklumat peribadi anda.
Untuk pemprosesan tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada, aktiviti pemasaran langsung, kami akan bergantung pada persetujuan anda. Jika kami bergantung pada persetujuan anda, persetujuan tersebut mestilah jelas, diberikan secara bebas, benar dan anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa.
Tambahan Pemindahan Data EU/UK
Jika anda berurusan dengan kami dalam Kawasan Ekonomi Eropah atau UK, anda hendaklah sedar bahawa ini mungkin termasuk pemindahan ke negara di luar Kawasan Ekonomi Eropah dan UK, yang belum ditentukan oleh Suruhanjaya Eropah atau UK untuk mempunyai tahap perlindungan data yang mencukupi. Dalam hal tersebut, sekiranya kami memindahkan maklumat peribadi anda kepada ahli kumpulan Fujitsu yang lain, pembekal perkhidmatan atau rakan kongsi kami, kami akan memastikan bahawa pengaturan kami dengan mereka dikawal oleh mekanisme dan perlindungan undang-undang yang berkaitan, termasuk perjanjian pemindahan data, yang direka untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda dilindungi dan mematuhi undang-undang berkenaan.
Jerman
Jika anda berada di Jerman, sila klik [di sini] untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara Fujitsu memproses data peribadi anda.
Hubungi Kami