NOTE: this is an archived page and the content is likely to be out of date.
Indonesia |
Pilipino
|
Melayu |
简体中文 |
繁體中文 |
සිංහල |
தமிழ் | ภาษาไทย | English |
Kepada Pelanggan Yang Dihargai,
27th Ogos 2015 - Kami berterima kasih kepada anda di atas langganan anda terhadap produk Fujitsu.
Kami telah mendapat tahu bahawa pek bateri tertentu, yang dikilangkan oleh Panasonic Corporation dan digunakan dalam komputer riba Fujitsu sama ada yang asal atau ganti, dalam kejadian yang jarang berlaku boleh menyala dan menyebabkan kebakaran. Sehubungan dengan itu, Fujitsu akan memanggil balik secara sukarela dan menggantikan pek bateri yang mungkin terjejas.
Kami meminta pelanggan yang memiliki pek bateri yang dinyatakan di bawah "Pek Bateri Terjejas" untuk memohon penggantian sebagaimana yang dijelaskan dalam "Cara untuk Memohon Penggantian Bateri." Untuk memastikan penggunaan komputer riba anda yang selamat sehingga pek bateri telah digantikan, sila baca arahan di bawah.
Fujitsu memohon maaf untuk sebarang kesukaran yang disebabkan olehnya terhadap pelanggannya dan meminta kerjasama anda dalam pemanggilan balik pek bateri dan penggantian.
Pek Bateri anda tertakluk kepada pemanggilan balik semula dan penggantian sekiranya komputer riba anda tersenarai di bawah "Komputer Riba Yang Tertakluk" dan pek bateri yang tersenarai di bawah "Pek Bateri Yang Terjejas."
Siri | Model |
---|---|
LIFEBOOK E752 | FPC03490DK |
LIFEBOOK P772 | FPC02430DK |
LIFEBOOK P702 | FPC02427DK |
LIFEBOOK S792 | FPC04684DK |
LIFEBOOK SH772 | FPC04655DK |
LIFEBOOK SH792 | FPC04689DK |
LIFEBOOK E752, LIFEBOOK S792, , CELSIUS H730, LIFEBOOK P772, LIFEBOOK P701, LIFEBOOK P771, LIFEBOOK P702, LIFEBOOK P770, LIFEBOOK P8110, LIFEBOOK T580, LIFEBOOK S752, , LIFEBBOK PH701, LIFEBOOK PH702, LIFEBOOK S710, LIFEBOOK SH572, LIFEBOOK SH762, LIFEBOOK SH771, LIFEBOOK SH772, LIFEBOOK SH792, LIFEBOOK TH550, LIFEBOOK S762
Jenis Produk | Model |
---|---|
Pek Batari | FPCBP325D, FPCBP325U, FPCBP325, FPCBP333, FPCBP354DK |
Pek Bateri Yang Terjejas | |
---|---|
Nombor Produk | Nombor Siri Separa |
CP556150-01 | Z110802 hingga Z111212 |
CP556150-02 | Z120102 hingga Z120512 |
Cara untuk memeriksa nombor produk dan nombor siri pek bateri
PENTING: Ketika menanggalkan pek bateri untuk mengesahkan nombor produk dan siri, sila pastikan komputer telah dimatikan, tanggalkan penyesuai AC dan kemudian tanggalkan pek bateri.
Kami meminta supaya pelanggan yang pek baterinya terjejas untuk mengambil dua langkah berikut untuk menggunakan komputer riba mereka dengan selamat sehingga pek bateri boleh digantikan. Kami memohon maaf di atas kesukaran oleh kerana hanya boleh menggunakan komputer riba anda dengan penyesuai AC.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi sokongan perhidmatan kami di:
Maklumat yang berikut diperlukan semasa memohon untuk penggantian: